Ahad, 28 Mac 2010

...TawDhUk...



Apa itu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya.


Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Abuya Syeikh Ashaari berkata:

“Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.”


Mari kita lihat beberapa contoh sifat orang tawadhuk sebagai panduan untuk kita:

  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Dia sangat sabar dalam perbincangan. Dia tidak mudah marah atau emosional. Dia lebih mahu menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Dia tidak memilih-milih kawan. Dia boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, dia boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Kalaupun dia berjawatan, dia menghormati orang bawahannya. Kalaupun dia kaya, dia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang dia itu ada kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, dia lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Dia tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, dia suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau dia minta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, dia tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, dia lapang dada dan tidak berkecil hati.
  • Dia mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
  • Kalau dia yang bersalah, dia akan cepat-cepat minta maaf. Sekalipun orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Dia tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Bila bercakap, dia tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.


Selamat Beramal...(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan