Rabu, 13 Jun 2012

Cara Besarkan Gambar Bila Kita Klik....


 

Sebenarnye kebetulan ak bru je bljr bt nie..so sje2 nk post kt cni cmne cre nk bt...
So, korg blh la try2 bt..
Mklm la da lme tinggal'k dunie blog nie...
kbtuln ad asgmnt gne blog, t'pkse la cbe godek2 blek..huhuhuu
Cara2nye adalah:
1) Sign in akaun blogger anda

2) Dashboard > Design > Page Element > Add a gadget > Html / Javascript

3) Copy paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi





4) Save

Untuk langkah seterusnya:

1) New post > buka tab Edit Html (sebelah compose)

2) Letak kod di bawah bersama dengan url gambar yang anda hendak post nanti (pastikan anda letak kod ini pada ruang edit html, bukan compose):

url gambar di sini"
class="magnify" data-magnifyby="2" style="width:200px; height:150px cursor: url(magnify.cur), -moz-zoom-in; " />

Nota:
url gambar di sini - url gambar anda
200 dan 150 - saiz lebar dan tinggi gambar

contoh:
"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-qbi6D1mMk_tK5hefYG5ua_udoyNE1OGiFdT0t2CXDbQoAxnL3He7ERc3hNOaiEjglNNGzvwmGKQh6i9575N9OUN2D045qsT-EfSSE4VYCSsBgNcWOjpdI-1k3v2f9itVoOZGXC3L1Q0/s400/040.gif" class="magnify" data-magnifyby="2" style="width:130px; height:130px cursor: url(magnify.cur), -moz-zoom-in; " />

P/s: Selamat mencuba... \(0_0)/
Credit to: http://jombinabelog.blogspot.com

Isnin, 14 Mac 2011

..jODoh..


(Marel & Hanif)

Semalam
aku menghadiri majlis perkahwinan Marel..
Jd d ke smptn ini, ak ign ucp'n tahniah,
smge p'khwnn ini b'kklan hgga akhr hyat & mrh rzki..

Emm..ble tgk org khwn, rse nk khwn jga..
kwn2 ku jga truja ble tgk mjls khwn org lain..
Aku, Mia, Wani & Shila sllu discuss about this topic.. KAHWIN
& the very hot topic is Ciri2 Suami Idaman... (hahaha)
Mcm2 ad..sorg nk y tggi, cm hero korea la..y hndsme, y b'iman..
tp ap y pntg, b'tlk ansur & trma dri kte seadanye sbb xde org y p'fect kt dunia nie..
Btl X??

Pelamin idaman???

Since every1 is single.. kteorg sllu teka spe dlu y akn khwn..
Mgkn Sbb da ad kwn y khwn, kteorg akn truja ble talk about this topic esp. Mia..(hehehe) and of course la die clon utama y akn khwn dlu dr kteorg..



Slh stu soaln y sllu m'jd tnda tnye adlh...
Perlu kah kte m'cri atau mnggu DIA dtg?
mcm2 jwpn ak da dgr...

Ape y pntg..Allah S.W.T tlh b'jnji..
Prmpn y baik adlh u llki y baik..bgtu jg sblknyer..

Memndgkn usia ini bru 22thn, soal jdoh bkn 1 isu bsr..
tp kte p'lu merncg spya kte ad guide dlm idup ini..
ia jg m'bt'n kte lbh b'sdia hdpi ap2 pon ..

Yakinlah, Allah tlh mngatur y t'baik u kte..
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Mgkn kte xsdr y DIA ad d sklling kte je..
Kdg2 kte mnutp mta ati kte shingga xnmpk keikhlasan seseorg..

bt mse skrg focus pd bljr and then keje..
fenomena skrg, kte dpt lhat student di IPT sdh t'kne virus CC..
campus couple..psgn2 ini akn b'couple shga ad y t'ccir dlm bljr..
Dan tempoh masa yang masih panjang dari masa pernikahan akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]

y trknyer, mrka m'lnggr bts agma..itulah reality..
walupon ad y m'jga btas agma, tp syaitn itu sllu m'hsut..
sblm t'lmbt, sdrlah sgla ksilpn kmu..

Ap y blh kte bt adlh memhon doa agr d'pmdh'n b'tmu jdoh..
& mmohn agr d'kurnia'n suami y soleh y m'pu m'bmbg kte ke jln y bnr..

  • USAha??
Jka kte ad clon, buat la solat istikarah memhon ptunjuk Allah
spy kte tdk memlh org y slh nt..

Insyallah, Allah akn p'mdh'n sglanye bg umatnye y sllu memohn doa & petnjk..
dan ykin lah jdoh kte tlh d'tntu'n olh Allah S.W.T

Maka
di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Sabtu, 24 Julai 2010

...PerRIStiWa2 bULan RaMAdhAn..

Tidak lama lagi, seluruh umat islam akn menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu, marilah kita menghayati cerita2 pada zaman dahulu sebagai pedoman kita bersama.

Turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini.

Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Sabtu, 3 Julai 2010

Ahad, 23 Mei 2010

...Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)...

NAMA penyakit seribu wajah memang tepat untuk menerangkan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus kerana penyakit autoimun ini boleh menyerang mana-mana organ — kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, jantung, mata, usus, salur darah, darah, otak mahupun sistem saraf.


Apabila disebut penyakit autoimun, ia bermakna masalah dihadapi seseorang itu disebabkan kecelaruan sistem imun atau pertahanan badannya. Sistem imun akan menganggap organ badan sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Akibatnya timbul pelbagai komplikasi penyakit akibat serangan sistem imun yang berpanjangan terhadap organ tertentu dan ia boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan.


Gejala dialami pesakit berbeza-beza mengikut organ yang dianggap benda asing oleh sistem imun. Jika ia menyerang kulit, bermakna gejalanya kelihatan pada kulit; sebaliknya jika menyerang buah pinggang, ia menyebabkan perubahan pada air kencing dan jika pada sendi, pesakit mengalami sakit sendi berpanjangan.


Kemunculan penyakit ini lazimnya tidak disedari kerana ia menunjukkan gejala awal yang umum seperti sakit sendi, letih dan lesu, ruam dan demam. Ini menyebabkan ia sukar dikesan dan pesakit berkemungkinan mengambil ubat untuk menangani masalah yang tidak dialami. Anggota paling lazim diserang ialah kulit dan sendi, tetapi paling digeruni ialah apabila penyakit menyerang buah pinggang.


Di seluruh dunia dianggarkan ada lima juta pesakit SLE dan di Malaysia jumlahnya mencecah 12,000 hingga 15,000 orang, kebanyakannya wanita muda dalam lingkungan usia 15 hingga 44 tahun. Walaupun 90 peratus pesakit adalah wanita, SLE juga boleh menyerang lelaki dan kanak-kanak dengan gejala sama; dan jika berlaku pada lelaki, penyakit biasanya lebih teruk.


Menurut Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein, oleh kerana gejalanya sangat pelbagai, penentuan dan pengesahan penyakit ini juga lebih sukar. Kadangkala doktor terpaksa mengambil masa berbulan hingga bertahun untuk mengesan SLE, itupun jika pesakit datang berterusan kepada seorang doktor untuk mendapatkan rawatan,” katanya.


Secara umum SLE boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:


  • Sistemik lupus eriteatosus — Sistemik bermaksud keseluruhan tubuh. Maknanya penyakit ini boleh menyerang seluruh bahagian badan.
  • Diskoid lupus eritematosus — Ini ialah gangguan kulit yang kronik. Ruam merah boleh timbul di seluruh badan, muka dan kepala. Individu yang ada masalah ini mungkin mengalami SLE pada ketika itu atau mendapatnya kemudian.
  • Lupus yang terjadi akibat pengambilan ubat — Gejala lupus ini sama seperti SLE, tetapi hilang apabila pengambilan ubat dihentikan Gejala penyakit juga berbeza-beza antara pesakit tetapi yang biasa dialami ialah demam, keletihan dan penurunan berat badan. Demam yang dialami biasanya berpanjangan sehingga beberapa minggu. Sakit dan bengkak sendi (artritis) selama beberapa minggu. Tompok merak menyerupai bentuk kupu-kupu di pipi dan hidung. Tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari l Ulser di mulut dan hidung berlanjutan melebihi sebulan. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di keliling garis rambut. Sawan, strok dan gangguan mental (jika SLE menyerang otak). Risiko mengalami darah beku. Kerap keguguran apabila mengandung.

Gejala dialami pesakit bergantung kepada organ yang diserang seperti:


a. Kulit — Ruam yang timbul (sama ada pada muka, leher atau kulit kepala); ruam kupu-kupu pada muka (pipi dan hidung); kulit sangat sensitif pada cahaya (pesakit perlu memakai losyen pelindung sinar UV dengan SPF 30 ke atas setiap kali keluar rumah); ulser pada hidung dan mulut (tidak sakit); vaskulitis (tompok merah jambu pada jari tangan dan kaki); alami fenomena Raynaud iaitu jari berubah warna apabila sejuk dari putih, biru ke merah dan keguguran rambut yang banyak dalam masa singkat.


b. Sendi — Organ paling kerap diserang dan menyebabkan sakit sendi. Sakit sendi akibat SLE tidak sama dengan reumatoid artritis kerana ia jarang menyebabkan kerosakan sendi. Biasanya kesakitan berlaku pada sendi jari, pergelangan tangan dan kaki, lutut, siku dan bahu.


c. Buah pinggang — Serangan paling digeruni pesakit kerana ia biasanya serius. Keradangan buah pinggang (nefritis) menjejaskan keupayaan pesakit membuang sisa toksik daripada badan melalui air kencing. Gangguan buah pinggang ini tidak membuatkan pesakit mengalami kesakitan, tetapi kaki mereka mungkin bengkak. Ujian air kencing dan darah boleh menunjukkan sama ada buah pinggang pesakit terjejas atau tidak. Kegagalan buah pinggang jarang berlaku tetapi keradangan ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, loya dan muntah.


Jika terjejas, perlu jalani ujian susulan seperti biopsi buah pinggang untuk mengetahui tahap penyakit. Untuk biopsi ini jarum dicucuk di belakang badan (pada kedudukan buah pinggang) tetapi ramai pesakit salah anggap dan menyangka doktor mahu mengambil air tulang belakang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan ada enam jenis pembabitan buah pinggang dan setiap satu memerlukan ubat berbeza dan doktor tidak dapat memberi ubat yang sesuai jika pesakit enggan menjalani biopsi.


d. Jantung — Pesakit boleh alami sakit jantung (dengan gejala sakit dada). Malah pesakit berisiko tinggi mengalami masalah arteriosklerosis iaitu salur darah menjadi keras


e. Paru-paru — Keradangan lapisan paru-paru (pleuritis) menyebabkan pesakit rasa sakit dada ketika bernafas. Pesakit juga boleh mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia).


f. Darah — Pesakit akan alami kekurangan sel darah putih atau platelet. Ada juga pesakit alami masalah pendarahan kerana darah cepat beku.


g. Sistem saraf — SLE akan menjejaskan otak atau saraf. Mereka akan mengalami sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok atau perubahan kelakuan.


h. Salur darah — Keradangan salur darah boleh menjejaskan aliran darah ke seluruh badan dan ia memerlukan rawatan segera SLE adalah penyakit berkaitan genetik. Bagi pasangan kembar seiras, jika seorang menghidap lupus, kebarangkalian pasangan kembarnya mendapat penyakit ini antara 14 hingga 57 peratus. Malah lima hingga 12 peratus pesakit lupus mempunyai keluarga yang juga menghidap penyakit sama. Walaupun ia penyakit genetik, beberapa faktor boleh merangsang serangan SLE seperti:


  • Jangkitan virus l Pengaruh hormon — pengambilan pil perancang keluarga mengandungi hormon estrogen dikatakan meningkatkan risiko serangan lupus sebanyak 50 peratus.
  • Cahaya ultra lembayung (UV) boleh merangsang sel kulit dan badan yang menyebabkan penghasilan lebih banyak auto antibodi.


Terdedah kepada habuk silika (bahan pembersih, tembikar dan simen) serta merokok juga boleh meningkatkan risiko lupus Pengesanan Ada banyak cara untuk menentukan SLE, tetapi kaedah asas yang digunakan ialah melihat kepada gejala penyakit selain ujian kehadiran auto antibodi dalam darah. Pesakit perlu ada sekurang-kurangnya empat daripada 11 ciri di atas.


Ubat dan kesannya Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Amir Azlan Zain, pemberian ubat kepada pesakit tertakluk kepada organ diserang. Sehingga kini beberapa kumpulan ubat digunakan untuk merawat SLE iaitu:


Ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) — Ini adalah ubat untuk menghentikan keradangan, khususnya bagi pesakit yang alami sakit sendi, otot dan demam berpanjangan. “Kebanyakan pesakit boleh menerima ubat NSAIDs dengan baik. Antara kesan sampingan ubat ialah sakit perut, cirit-birit, pedih ulu hati, retensi air (pengumpulan air dalam badan), peningkatan tekanan darah, ruam dan kaki bengkak. Ia tidak boleh diambil jika mengandung, terutama pada tiga bulan pertama,” katanya.

  • Hidrosiklorokuin — Ini adalah ubat anti malaria yang didapati sangat berkesan merawat SLE yang menyerang sendi dan kulit. Bagaimanapun, ia bertindak sangat perlahan (dua hingga tiga bulan untuk menunjukkan kesan). Ubat ini biasanya diteruskan ketika hamil kerana ia boleh menghalang SLE daripada berulang.
  • Steroid (kortikosteroid) — Ia berkesan untuk hampir semua jenis SLE. Walaupun ada banyak kesan sampingan, ia bertindak cepat dan dengan pengurusan baik, dos ubat boleh dikurangkan. Ubat tidak boleh dihentikan sesuka hati atau secara tiba-tiba dan pesakit perlu berbincang dengan doktor terlebih dulu kerana ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Pemberhentian pengambilan ubat perlu dilakukan secara perlahan-lahan di bawah pengawasan doktor.
  • Imunosupresif — Ubat yang menghalang sistem imun daripada terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Ia boleh diberi dalam bentuk pil atau suntikan. Sama seperti ubat lain, ia tidak boleh dihentikan serta-merta kerana boleh menyebabkan serangan SLE berulang.


Dalam pengurusan dan kualiti hidup, pesakit dinasihat mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat selain mengambil ubat mengikut arahan doktor. Namun pengambilan beberapa jenis makanan perlu dikurangkan kerana ia boleh merangsang keradangan seperti daging merah, telur, makanan berkanji, makanan daripada tepung dan sayur-sayuran berwarna gelap seperti terung dan tomato. Sebaik-baiknya ambil makanan segar dan pesakit perlu mengelak makanan awet. Jika mulut ada ulser, makan makanan yang lembut sehingga ulser sembuh.


Bolehkah pesakit bersenam? Ya, tetapi hentikan senaman sementara waktu ketika penyakit aktif (apabila badan terasa sakit). Pilih senaman yang memberi impak rendah kepada badan seperti berenang. Jika tidak tahu berenang pun tidak mengapa, kerana anda masih boleh melakukan aktiviti senaman mudah dalam air seperti berjalan.


Bolehkah pesakit SLE mengandung? Ya. Pesakit perlu memberitahu doktor jika merancang untuk hamil supaya dos ubat boleh dikurangkan atau diganti dengan ubat lain kerana ada ubat boleh menjejaskan janin. Pesakit mungkin berdepan masalah melengkapkan kehamilan kerana SLE boleh menyebabkan keguguran. Penyakit ini boleh menjadi aktif ketika seseorang wanita hamil akibat perubahan paras hormon. Walaupun kadangkala ujian darah selepas keguguran pertama menunjukkan keputusan normal, biasanya penyakit dapat dikesan apabila keguguran kedua atau ketiga berlaku.


Adakah bayi anda akan mendapat SLE? Tidak. Jika ada pun, sangat jarang berlaku kerana ketika hamil, anda mewariskan antibodi anda kepada bayi dalam kandungan.


Adakah kesan pada kulit kekal? Tidak. Masalah kulit hilang apabila SLE terkawal tetapi yang penting ialah lindungi kulit dengan memakai losyen pelindung cahaya mengandungi SPF 30 ke atas. Elak pewarna rambut dan krim pelembap yang tidak diperlukan. Jika mahu memakai alat solek, pilih jenis yang hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan).


Jika pergi ke tanah tinggi yang sejuk, pesakit masih perlu memakai krim pelindung cahaya kerana di tanah tinggi kesan UV sebenarnya lebih kuat, terutama pada jam 10 pagi hingga 5 petang. Jika mahu keluar, pakai baju lengan panjang, topi besar atau payung.


Bolehkah ambil suntikan vaksin? Ya, tetapi dengan syarat vaksin berkenaan tidak mengandungi virus hidup. Beritahu doktor mengenai penyakit anda sebelum mengambil mana-mana suntikan vaksin Hidup bersama pesakit SLE Perbincangan biasanya tertumpu pada pesakit saja tetapi sebagai ahli keluarga, anda juga perlu belajar untuk hidup bersama pesakit. Antara caranya ialah:

  • Beri sokongan kepada pesakit, terutama kanak-kanak. Ini kerana mereka biasanya tertekan apabila mengetahui penyakit mereka tidak akan sembuh atau diejek rakan apabila berlaku perubahan pada fizikal akibat kesan sampingan ubat.
  • Belajar memahami penyakit dan rawatan. Fahami kesan sampingan rawatan supaya anda mudah mengendalikan pesakit.
  • Teman pesakit ke klinik atau hospital. Jangan biarkan pesakit pergi sendirian.
  • Ingatkan pesakit untuk mengambil ubat.
  • Bincang mengenai perasaan, kebimbangan dan masalah yang anda hadapi yang berkaitan dengan pesakit.
  • Sertai kumpulan sokongan untuk lebih memahami keadaan pesaki.

Sabtu, 1 Mei 2010

...MenGApa...

MENGAPA kita selalu mencintai seseorang yang tidak pernah pun mencintai kita?

MENGAPA kita menolak seseorang yang amat mencintai kita?

MENGAPA
kita selalu mengenangkan seseorang yang tidak pernah mengingati kita?

MENG
APA
air mata selalu mengalir untuk seseorang yang tidak akan pernah membahagiakan kita?



KENAPA?

KENAPA??

KENAPA???


KERANA...
  • Mencintai seseorang itu tidak bermakna memilikinya...
  • Cinta itu lebih bermakna apabila melihat orang yang kita cintai tersenyum bahagia bersama orang yang dicintainya...
  • Perasaan cinta itu tidak akan pernah hilang walaupun kita gagal memiliki orang yang kita cintai...

Ahad, 25 April 2010

...AdA aPa DeNgaN CinTa...



Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Biar sengsara hati kan merana

Chorus:
Wahai pujangga cinta biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

Chorus

Ahad, 28 Mac 2010

...TawDhUk...



Apa itu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya.


Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Abuya Syeikh Ashaari berkata:

“Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.”


Mari kita lihat beberapa contoh sifat orang tawadhuk sebagai panduan untuk kita:

  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Dia sangat sabar dalam perbincangan. Dia tidak mudah marah atau emosional. Dia lebih mahu menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Dia tidak memilih-milih kawan. Dia boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, dia boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Kalaupun dia berjawatan, dia menghormati orang bawahannya. Kalaupun dia kaya, dia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang dia itu ada kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, dia lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Dia tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, dia suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau dia minta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, dia tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, dia lapang dada dan tidak berkecil hati.
  • Dia mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
  • Kalau dia yang bersalah, dia akan cepat-cepat minta maaf. Sekalipun orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Dia tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Bila bercakap, dia tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.


Selamat Beramal...(^_^)

Isnin, 15 Februari 2010

...BuLan SaFar...




BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.


Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:


"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''


Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Isnin, 1 Februari 2010

CinTa...SeTia...

SETIA???
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.


Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih... Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…Ia pasti amat menyakitkan hati dan kadang kala boleh menimbulkan dendam. Jadi fikirlah sebelum mengikat sebuah cinta dan setialah pada yang satu...

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan… Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik.

Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka.

Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan… Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah… Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik… Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…